Tuesday 26 April 2016

Perkhidmatan Kereta Sewa Murah Di Johor Baharu

Tak sah rasanya, kalau ke Johor Baharu, tapi tak singgah Legoland. Umpamanya makan nasi tak berkuah la. Bila tiba di Johor Baharu, ada kalanya memang sukar nak mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang betul betul menepati citarasa anda. Kadang, kalau tak kena gayanya, kereta rosak tengah jalan tak ada sapa nak tolong, call owner banyak kali pun tak angkat. Pening jadinya. 
 
Kami telah mengendalikan pelbagai jenis kenderaan untuk kegunaan pelanggan. Jumlah pelanggan memang tak terkira la. Sejak tahun 2008. Hire purchase agreement memang berlambak la.. just nak bagi tau yang kami mendapat kepercayaan pelanggan kami sejak dari dulu lagi. 
 
Ada pelanggan yang memang dari sejak kami buka perniagaan kami, setianya sehingga ke hari ini. Harga yang kami berikan pada mereka tentulah special. Anda tak nak harga sewa kereta yang special ke? Umpamanya, anda menyewa kereta Axia dari syarikat A, dengan harga RM100, kami pun bagi harga yang sama, tapi macam macam kelebihan yang anda dapat. Antaranya, backup 24jam. One to One exchange kalau mengalami kerosakan. Member get member dan sebagainya. 
 
Cubalah sekali. kalau ok, bagitau kawan kawan yang lain. Kalau tak ok, beritahu kami, dan kami akan improve yang yang tak ok tu...   
Bagi group besar lebih dari 16 orang, kami juga mempunyai kenderaan yang lebih besar untuk membawa anda. Tapi dengan pemandu ya.. Tak boleh bawa sendiri. 

Kenderaan yang kecil comel, tak ada salahnya anda memandu sendiri. Asalkan ada lesen memandu yang sah, untuk memandu di Malaysia. Bagi pelanggan dari Brunei dan Singapore, mereka boleh menggunakan lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan Brunei dan Singapore. Bagi yang dari  Indonesia, mereka perlu mendapatkan lesen antarabangsa yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia. 
Antara kereta / MPV yang kami ada adalah seperti dibawah;

 HYUNDAI STAREX 2.5AT | 10 seat penumpang | Harga dari RM350 sehari
NAZA CITRA 2.0AT | 6 seat penumpang | Harga dari RM200 sehari
PROTON WAJA 1.6AT | 4 seat penumpang | Harga dari RM130 sehari
PERODUA AXIA 1.0AT | 4 seat penumpang | Harga dari RM100 sehari

PERODUA VIVA 850AT |  3 seat penumpang | Harga dari RM90 sehari

***********************************************
***********************************************




No comments:

Post a Comment