Wednesday 26 August 2015

Tempat Menarik Di Johor : Medan Makanan Laut Senibong

Bagi mereka yang singgah atau pernah datang ke Johor Baharu, pastinya tidak melepaskan peluang untuk singgah ke Senibong. Disinilah terletaknya Medan Makanan Laut yang menjanjikan seribu satu kepuasan terutamanya bagi mereka yang memang gemarkan makanan laut.. Ada orang kata, makanan laut ni adalah "ubat" penyakit Gout.. hehe.. itu orang yang cakap kan.. sebenarnya apa pun yang kita makan, tak jadi mudarat pun.. kecuali kalau kita makan berlebihan.. sampai tak ingat orang kat sebelah.. memang la jadi "ubat"

Disini terdapat lebih daripada 10 restoran yang menyajikan pelbagai makanan laut.. dari udang kara hinggalah siput gongong.. semuanya ada disini. Waktu operasinya bermula dari jam 530 petang hinggalah awal pagi.. bergantung kepada jumlah pengunjung yang datang kekedai mereka.. kalau ramai orang, lambat la diaorang tutup.. kalau tak ramai biasanya dalam jam 3 pagi macam tu diaorang dah tutup kedai la.. 

Bukan saja makanan laut, ada juga restoran yang menyajikan Nasi Lemak dan Asam pedas juga.. so, makanan yang ada di sini memang sangat pelbagai.. ikut tekak masing masing la.. kalau suka makanan laut pun boleh, kalau suka makanan tempatan pun ada.. 

Kalau kena harinya, anda mungkin berpeluang menerima pelbagai diskaun yang ditawarkan oleh peniaga restoran tersebut.. Pernah saya kesini suatu masa dulu, dapat free ikan siakap masak steam. Kalau free air satu jug tu dah biasa sangat la.. 

Ok la, cerita banyak pun tak guna kan. Buat telan air liur je.. Apa kata anda mencubanya sendiri.. kalau anada perlukan transport, jangan malu malu untuk hubungi saya dengan segera... 

Saya kongsikan beberapa gambar yang pastinya membuatkan anda terliur... 






Hubungi Kami / Tempahan

Address
Accurate Travel Sdn Bhd
No4A Jalan Tembikai 6
Taman Kota Masai
81700 Pasir Gudang
Johor

Tel / Fax
+6072562670

Voice / SMS / Whatapps
+6012 743 777 9

+6012 761 22 79

Monday 24 August 2015

Kadar Bayaran Tambang Dari Singapore ke Semenanjung Malaysia / Semenanjung Malaysia Ke Singapore

Berikut adalah kadar tambang perjalanan menggunakan perkhidmatan kami 




Kadar Bayaran Tambang Dari Singapore Ke Johor / Johor Ke Singapore

Berikut adalah kadar caj yang dikenakan bagi perjalan sehala



















Perkhidmatan Teksi Singapore ke / dari Johor Bahru ke / dari Singapore

Kami menawarkan perkhidmatan kereta persendirian pada harga yang anda mampu bayar untuk perjalanan dari / ke Singapura dari / ke Johor. Perkhidmatan kami menggabungkan keselesaan, menyenangkan, mampu bayar, dan sangat fleksible. Tidak kira apa tujuan anda; melancong, mesyuarat, kenduri kahwin. Antara kenderaan yang kami ada adalah Proton Waja, Naza Citra / Kia Carren, Kia Carnival / Naza Ria, Toyota Innova Pastinya ianya menjanjikan kesenangan dan keselesaan kepada anda. 

Kami menerima apa-apa jenis perkhidmatan pengambilan dalam Malaysia dan Singapura, terutama untuk mereka yang merancang untuk mempunyai perjalanan setiap hari di seluruh Singapura atau mana mana kawasan sekitar Malaysia. Kami bersedia untuk memenuhi kehendak perjalan anda tidak kira ianya rumit atau mudah. Dapatkan sebut harga (tanpa obligasi) sekarang. Hubungi kami dengan segera