Saturday 5 September 2015

Pakej Percutian Di Johor Baharu : 2H1M Shopping + Makan Makan

Pakej percutian di Johor Baharu : 2H1M Shopping + Makan Makan

Jumlah minimum peserta : 2 orang
Jumlah maximum peserta : 10 orang
Masa mengambil : 1030 pagi
Durasi : 6 jam sehari
Harga seorang : Dari RM85 seorang
Harga termasuk
- Penginapan di hotel 
- Sarapan pagi, pengangkutan
- Pemandu + Pemandu Pelancong

Jadual lawatan - Hari pertama 
Peserta / tetamu akan di jemput pada jam 1030 pagi di City Sq, Johor Bahru (bagi mereka yang tinggal di Singapore) dan bagi mereka yang menginap di Johor Bahru, mereka akan di jemput di tempat penginapan. Seterusnya peserta akan di bawa ke Plaza Angsana di mana terdapat pelbagai barangan seperti baju, tudung, serta barangan keperluan harian yang lain. Seterusnya, bagi mereka yang ingin membeli keperluan harian dengan harga yang murah dan segar, mereka akan di bawa ke Giant Hypermarket / Tesco / Pasaraya Mydin / Econsave di sekitar Johor Bahru. 

Selepas makan tengahari, tetamu akan dibawa ke Jusco untuk membelibelah barangan yang berkualiti seperti beg tangan, baju, dan barangan lain. Sebelum program hari pertama berakhir, peserta akan dibawa makan malam di Restoran Makanan Laut yang terletak di Senibong. Disini, tetamu dapat menjamu selera dengan pelbagai makanan laut yang segar seperti, ketam, ikan, udang dan sotong. Pelbagai jenis makanan yang jarang ditemui juga terdapat disini, seperti lala dan siput gonggong. 

Jadual lawatan - Hari Kedua
Pada hari kedua, tetamu akan daftar keluar terlebih dahulu sebelum di jemput pada jam 1030 pagi dan seterusnya  di bawa ke Johor Premium Outlet untuk membelibelah pelbagai barangan berjenama terkenal seperti Gucci, Elle, D&G dan macam macam lagi. Selepas membelibelah, tetamu akan di bawa makan tengahari di Restoran Atas Pokok sebelum program tamat kira kira jam 1.00 tengahari.