Wednesday 26 August 2015

Tempat Menarik Di Johor : Medan Makanan Laut Senibong

Bagi mereka yang singgah atau pernah datang ke Johor Baharu, pastinya tidak melepaskan peluang untuk singgah ke Senibong. Disinilah terletaknya Medan Makanan Laut yang menjanjikan seribu satu kepuasan terutamanya bagi mereka yang memang gemarkan makanan laut.. Ada orang kata, makanan laut ni adalah "ubat" penyakit Gout.. hehe.. itu orang yang cakap kan.. sebenarnya apa pun yang kita makan, tak jadi mudarat pun.. kecuali kalau kita makan berlebihan.. sampai tak ingat orang kat sebelah.. memang la jadi "ubat"

Disini terdapat lebih daripada 10 restoran yang menyajikan pelbagai makanan laut.. dari udang kara hinggalah siput gongong.. semuanya ada disini. Waktu operasinya bermula dari jam 530 petang hinggalah awal pagi.. bergantung kepada jumlah pengunjung yang datang kekedai mereka.. kalau ramai orang, lambat la diaorang tutup.. kalau tak ramai biasanya dalam jam 3 pagi macam tu diaorang dah tutup kedai la.. 

Bukan saja makanan laut, ada juga restoran yang menyajikan Nasi Lemak dan Asam pedas juga.. so, makanan yang ada di sini memang sangat pelbagai.. ikut tekak masing masing la.. kalau suka makanan laut pun boleh, kalau suka makanan tempatan pun ada.. 

Kalau kena harinya, anda mungkin berpeluang menerima pelbagai diskaun yang ditawarkan oleh peniaga restoran tersebut.. Pernah saya kesini suatu masa dulu, dapat free ikan siakap masak steam. Kalau free air satu jug tu dah biasa sangat la.. 

Ok la, cerita banyak pun tak guna kan. Buat telan air liur je.. Apa kata anda mencubanya sendiri.. kalau anada perlukan transport, jangan malu malu untuk hubungi saya dengan segera... 

Saya kongsikan beberapa gambar yang pastinya membuatkan anda terliur... 






No comments:

Post a Comment